Lampard (kiri, depan) berlari bersama kakitangan kejurulatihannya. FOTO Twitter Chelsea FC
Agensi

FRANK Lampard menetapkan tahap ketahanan tinggi untuk pemainnya selepas bos pasukan Chelsea itu berlari sejauh 9 kilometer pulang ke hotel daripada padang latihan.

Bekas pemain berusia 41 tahun itu yang akan mengendalikan kelab Perdana Inggeris (EPL) untuk kali pertama musim ini membuktikan dia masih memiliki tahap kecergasan yang tinggi.

Dia memilih berlari berbanding menaiki kenderaan hinggakan penolong pasukan Blues, Jody Morris berseloroh mengatakan Lampard mungkin membuat penampilan semula di padang Stamford Bridge.

Lampard sering bersama ketika sesi latihan Chelsea di Jepun dan kerap menyertai pemain skuadnya ketika mereka membuat latihan kepantasan.

Bekas pemain antarabangsa England itu kini kembali bersama kelab diwakilinya selama 13, mencabar pemainnya untuk mengekalkan stamina seperti dilakukannya.

Dia juga turut megetuai kakitangan kejurulatihan menjalani latihan menaiki tangga dan seperti biasa, Lampard sentiasa berada di depan berbanding orang lain.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Julai 2019 @ 7:49 PM