X
ELAVARASAN yakin PDRM mampu beri sengit kepada pasukan lain dalam Kumpulan D.
ELAVARASAN yakin PDRM mampu beri sengit kepada pasukan lain dalam Kumpulan D.
Nazri Abu Bakar

SELANGOR dan Melaka United (MU) dilabel skuad pilihan menerajui saingan Kumpulan D ke suku akhir Piala Malaysia musim ini.

Jurulatih PDRM, E Elavarasan berkata, skuad bimbingannya bersama FELDA United dilihat hanya ‘underdog’ dalam kumpulan itu ketika fokus utama terarah kepada prestasi mantap The Red Giants dan skuad Hang Tuah.

Menurutnya, di atas kertas dua pasukan berkenaan bakal melepasi halangan namun FELDA tetap antara pasukan sukar diramal selepas kemenangan 5-1 mereka ke atas Kedah pada saingan terakhir Liga Super.

Apapun katanya, The Cops tetap memberi saingan sengit kepada semua lawan termasuk The Fighters dalam misi memburu satu slot buat skuad bimbingannya.

Katanya, walaupun turun sebagai pasukan bukan pilihan namun ia mampu bertukar sebaliknya terutama jika anak buahnya boleh mengambil kesempatan terbaik untuk mencipta kejutan.

“Ketika ini fokus kami adalah untuk membentuk keserasian dan persefahaman lebih jitu selepas menamatkan saingan Liga Perdana, Sabtu lalu.

“Malah kejayaan mara ke Liga Super adalah azimat berharga buat pemain untuk menterjemahkan persembahaan positif dalam kumpulan terbabit,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Julai 2019 @ 8:42 PM
Digital NSTP Subscribe