X
AKSI Cori ketika menentang Hiroko di  Pusat Tenis Rock Creek, Washington. - FOTO Agensi
AKSI Cori ketika menentang Hiroko di Pusat Tenis Rock Creek, Washington. - FOTO Agensi
Reuters

CORI ‘Coco’ Gauff mara ke undian utama Terbuka Citi di Washington selepas hanya memerlukan satu jam ketika menang aksi terakhir kelayakan awal pagi tadi.

Dia akan menentang pemain di ranking ke-84 dunia, Zarina Diyas dari Kazakhstan pada pusingan pertama sekali gus penampilan ketiganya dalam undian utama kejohanan.

Gauff, 15, bulan lalu muncul pemain termuda dalam era profesional mara ke undian utama Wimbledon.

Dia menewaskan Venus Williams sebelum tersingkir di pusingan keempat di tangan Simona Halep yang muncul juara Wimbledon.

Coco terpaksa mengharungi dua aksi kelayakan dan kurang berdepan tentangan ketika menewaskan pemain Amerika Syarikat, Maegan Manasse dan kemudiannya pemain Jepun, Hiroko Kuwata dengan straight set.

"Dua aksi ini seperti persiapan saya menghadapi pusingan pertama apatah lagi saya tidak pernah menyertai kejohanan ini,” kata Coco.

"Saya gembira dapat melepasi perlawanan ini dan merasai gelanggangnya. Cuacanya sama seperti di tempat saya (Florida), jadi saya rasa seperti beraksi di tempat sendiri dan saya tak kisah bermain di mana-mana gelanggang.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Julai 2019 @ 1:25 PM