X
Shahril tidak dapat diturunkan pada perlawanan menentang Melaka. FOTo NSTP
Shahril tidak dapat diturunkan pada perlawanan menentang Melaka. FOTo NSTP
Nazri Abu Bakar


PDRM turun tanpa khidmat empat pemain utama pada aksi pembukaan Kumpulan D, Piala Malaysia berdepan Melaka di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Ahad ini.

Tiga pemain berkenaan termasuk kapten pasukan Shahril Sa'ari, Uche Agba dan Khairul Izuan Abdullah akibat digantung perlawanan selepas mengutip kad merah pada aksi terakhir Liga Perdana berdepan Pulau Pinang di gelanggang sama minggu lalu.

Jurulatih The Cops, E Elavarasan berkata ,selain tiga tunjang berkenaan termasuk dalam senarai tidak diturunkan membabitkan pemain sayap R Gopinathan yang dipinjamkan dari Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia Mei lalu.

Menurutnya, syarat tidak boleh beraksi menerusi status pinjaman itu juga tertakluk pada perlawanan kedua berdepan lawan sama pada pusingan kedua kelak.

Katanya, tanpa empat tonggak terbabit pastinya menimbulkan kesukaran untuk meraih kemenangan tambahan mereka adalah antara yang mencorakkan persembahan terbaik buat PDRM setakat ini.

"Saya akui terdapat sedikit kepincangan tanpa Agba yang juga penjaring utama, Shahril sebagai penjaga gol sementara Khairul dan Gopinathan berfungsi menghidupkan jentera serangan.

"Apapun saya tetap menaruh keyakinan kepada empat pemain gantian untuk bertindak cemerlang mengambil alih tugasan mereka," katanya.

Baginya, walaupun tidak sama dengan keupayaan dengan barisan utama namun semangatnya dan keyakinan mereka mampu memberi saingan hebat kepada skuad Hang Tuah.

Elavarasan berkata, buat masa ini fokusnya adalah mempersiapkan kesebelasan pertama untuk perlawanan terbabit dalam usaha membentuk gabungan mantap.

Beliau berkata, sasaran tiga mata tampak sukar namun usaha tetap dilakukan sebaik mungkin untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Julai 2019 @ 6:56 PM
Kabinet Malaysia 2020