Berat badan Hazard bertambah sejak berhijrah ke Real. FOTO AP
Agensi

EDEN Hazard dilaporkan tiba pada jelajah pra-musim Real Madrid di Montreal, Kanada dengan berat badan terlebih berat sebanyak tujuh kilogram.

Keadaan itu jauh daripada jangkaan diharapkan oleh bos Bernabeu, Zinedine Zidane pada musim panas ini apabila pemain dibelinya gagal menyerlah.

Dengan Gareth Bale juga masih berada bersama skuad itu, dia juga terpaksa memikirkan masalah terbaru selepas skuadnya dibelasah 7-3 oleh musuh sebandar, Atletico.

Bagaimanapun Zidane kini berdepan masalah baru iaitu perlu berdepan dengan masalah berat badan dialami oleh bekas pemain Chelsea, Hazard.

Pemain antarbangsa Belgium itu dilaporkan melapor diri bersama pasukan itu untuk jelajah pra-musim Amerika Utara dengan berat badan berlebihan.

Keadaan itu mewujudkan keadaan tidak menentu di kelab itu dengan presiden Florentino Perez yang menganggap Hazard sebagai pemain untuk menyelesaikan semua masalah Real Madrid ketika diperkenalkan, mula menjauhkan diri selepas dia dibeli daripada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Sumber menyatakan Perez juga dikatakan mula tidak yakin dengan Hazard dan menandatangani pemain terbabit atas permintaan Zidane.

Hazard yang memecahkan rekod pembelian kelab itu pada nilai £150 juta (RM755j) pada perpindahan baru-baru ini, perlu membawa harapan mempertajamkan serangan skuad itu di Bernabeu musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Julai 2019 @ 1:18 AM