KHAIRUL kembali berlumba di Brno, hujung minggu ini. — FOTO PETRONAS SRT
Saiful Affendy Sapran


SESUDAH terlepas enam perlumbaan, pelumba Moto2 negara, Khairul Idham Pawi akhirnya akan melakukan penampilan semula bersama PETRONAS Sprinta Racing pada pusingan seterusnya di Grand Prix Republik Czech hujung minggu ini.

Pelumba yang mendapat gelaran Super KIP itu yang mengalami kecederaan tangan ketika GP Sepanyol Mei lalu berkata, dia sudah bersedia sepenuhnya untuk kembali beraksi.

“Proses pemulihan berjalan dengan baik tapi jari saya masih 100 peratus belum pulih sepenuhnya.

“Kami bekerja keras untuk memastikan saya dapat bersedia sepenuhnya. Walaupun belum pulih sepenuhnya tapi tiada masalah untuk saya menunggang jentera.

“Saya menggemari Litar Brno kerana banyak selekoh menarik dan saya juga mempunyai banyak kenangan manis di sana,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Julai 2019 @ 7:37 PM