van Dijk dan Mohamed Salah. FOTO Zimbio
Agensi

TRIO Liverpool, Virgil van Dijk, Sadio Mane dan Mohamed Salah serta penyerang Tottenham, Harry Kane berpeluang memenangi kategori lelaki pada majlis Anugerah Bolasepak Terbaik FIFA.

Bekas pemain tengah Chelsea, Eden Hazard turut berada dalam senarai 10 pemain yang termasuk bintang Juventus, Cristiano Ronaldo serta Lionel Messi dari Barcelona.

Pemain England, Lucy Bronze dan Ellen White pula bersaing dalam kategori wanita. Pemenang akan diumumkan pada 23 September depan, susulan undian khalayak umum.


SADIO Mane. FOTO Zimbio

Pengurus Lionesses, Phil Neville dan ketua jurulatih Amerika Syarikat, Jill Ellis dicalonkan bagi anugerah jurulatih terbaik wanita.

Jill, yang mengumumkan minggu ini beliau meletakkan jawatan, mengemudi pasukan wanita AS memenangi Piala Dunia berturut-turut, manakala Neville membimbing Lionesses bagi penamat tangga keempat di Perancis.

Pengurus Liga Perdana Inggeris, Juergen Klopp (Liverpool), Pep Guardiola (Manchester City) dan Mauricio Pochettino (Tottenham Hotspur) dicalonkan bagi anugerah jurulatih terbaik lelaki.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Julai 2019 @ 11:14 PM