AKSI Costa menjaringkan gol ketiga Atletico. - FOTO AFP
AFP

PEMAIN remaja Portugal, Joao Felix menjaringkan gol sensasi ketika Atletico Madrid menewaskan MLS All-Stars 3-0 di Stadium Exploria, pagi tadi.

Marcos Llorente yang dibeli dari Real dengan harga $42 juta (RM174 juta) meletakkan kelab Sepanyol itu di hadapan pada babak pertama sebelum penyerang berusia 19 tahun berharga $134 juta (RM555 juta), Felix meledak gol kedua.

Diego Costa menjaringkan gol ketiga pada lewat permainan dalam aksi yang menyaksikan banyak pertukaran pemain dilakukan.

Bintang Los Angeles Galaxy, Zlatan Ibrahimovich dikeluarkan selepas setengah jam permainan. Walaupun percubaan terbaik diperolehi Wayne Roone, kelab La Liga itu lebih mendominasi perlawanan.

"Tidak banyak saya tahu mengenai Joao Felix tetapi dia seperti mempunyai teknik yang baik,” kata Rooney. “Saya yakin dia akan menjadi pemain yang bagus kepada Atletico pada masa hadapan."

Pengurus Atletico, Diego Simeone pula lebih berminat menghamburkan pujian kepada keseluruhan pasukan.

"Saya puas hati dengan semua pemain baharu dan hala tuju kami ketika pramusim,” kata Simeone.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Ogos 2019 @ 1:06 PM