MAGUIRE (depan) meraikan jaringannya bersama Leicester. — FOTO Agensi
Agensi

MANCHESTER United mencapai persetujuan untuk mengikat pertahanan tengah England, Harry Maguire dari Leicester dengan harga £80 juta (RM405 juta) - bayaran rekod dunia bagi pemain pertahanan, menurut media Britain hari ini.

Pemain berusia 26 tahun itu dijangka melengkapkan ujian perubatan di kelab itu hujung minggu ini.

Dia muncul pembelian ketiga United pada musim panas ini susulan kehadiran Aaron Wan-Bissaka dan Daniel James, masing-masing dari Crystal Palace dan Swansea.

Maguire melakukan 69 penampilan Liga Perdana Inggeris bersama Leicester selepas menyertai pasukan itu dari Hull City pada 2017.

Dia menandatangani kontrak lima tahun di Leicester September lalu dan pengurus Brendan Rodgers menegaskan pada hujung musim beliau berasakan Maguire boleh meningkat jika dia kekal di kelab itu.

Maguire memulakan kariernya di Sheffield United pada 2011, tampil dalam 139 perlawanan liga buat Blades sebelum menyertai Hull pada 2014.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Ogos 2019 @ 11:55 PM