Catherine gagal mencipta kejutan. FOTO EPA
Catherine gagal mencipta kejutan. FOTO EPA
Reuters

CAMILA Giorgi menamatkan kejutan yang mahu dilakar pemain remaja Amerika, Catherine McNally dengan kemenangan menerusi straight set pada aksi separuh akhir Terbuka Citi di Washington, awal pagi ini.

Pemain Itali yang mempunyai kekuatan pukulan kencang, kembali beraksi semula selepas mengalami kecederaan pergelangan tangan dan kecederaan buku lali, diberi tentangan sengit pada set pertama sebelum mendominasi mengatasi pemain berusia 17 tahun itu pada set kedua dengan kemenangan 7-6(5), 6-2.

Camila tidak memenangi perlawanan sejak Terbuka Australia dan hanya menyertai tiga kejohanan berikutan kecederaan yang dialami.

Namun dia hanya tewas satu set minggu ini ketika meleburkan impian McNally, yang mencipta kejutan selepas menyingkirkan pilihan keempat Hsieh Su-wei sebelum ini.

MADISON Keys menjulang gelaran kelimanya dan kedua sepanjang musim ini dengan selepas kemenangan di Charleston April lalu. FOTO Agensi
MADISON Keys menjulang gelaran kelimanya dan kedua sepanjang musim ini dengan selepas kemenangan di Charleston April lalu. FOTO Agensi

Camila akan berdepan seorang lagi pemain tenis Amerika, Jessica Pegula yang akan memburu kejuaraan kedua WTA pada final esok.

Jessica memenangi lima perlawanan berturut-turut mara selepas berdepan pemain Russia, Anna Kalinskaya dengan penentuan kemenangan di set ketiga, 6-3, 3-6, 6-1.

“Saya tahu jika saya bermula dengan sepenuh tenaga pada set ketiga, saya tidak mungkin dapat mengatasinya,” kata Jessica.

Pemain berusia 25 tahun itu menguasai set pertama, namun Anna menyamakan kedudukan pada set kedua, menyebabkan perlawanan berlarutan sehingga tiga set dan kemenangan berpihak Jessica.

Kekalahan Anna menamatkan impian Russia untuk mencatat kejuaraan buat kali ketiga di ibu kota Amerika Syarikat itu selepas Ekaterina Makarova dan Svetlana Kuznetsova memenangi pada dua kejohanan sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Ogos 2019 @ 10:58 AM