X
Cori (kiri) dan Caty bersama trofi. FOTO Reuters
Cori (kiri) dan Caty bersama trofi. FOTO Reuters
AFP

PEMAIN tenis remaja Amerika Syarikat, Cori ‘Coco’ Gauff, 15, yang membuat kejutan di Wimbledon apabila mara ke pusingan keempat dalam acara perseorangan bulan lalu, sekali lagi mencuri tumpuan apabila memenangi acara beregu wanita, Terbuka Citi di Washington pagi ini.

Coco bergandingan dengan Catherine ‘Caty’ McNally menewaskan gandingan pemain Hungary, Fanny Stollar dan Amerika, Maria Sanchez, 6-2, 6-2, dalam penyertaan merebut trofi menerusi kalendar WTA itu.

Gandingan mereka pernah memenangi kejuaraan beregu wanita junior Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu.

Kedua-dua pemain berpelukan di antara satu sama lain dan mengucapkan tahniah kepada masing-masing ketika meraikan kejayaan yang di luar jangkaan itu.

Coco menewaskan pemain tenis idolanya Venus Williams pada saingan pusingan pertama di Wimbledon dan menewaskan Polona Hercog di pusingan ketika sebelum disingkirkan juara kejohanan Simona Halep.

Coco dalam penampilan perseorangan pertama di Wimbledon, layak beraksi dalam peringkat undian utama di Washington namun tewas perlawanan pertama 4-6, 2-6 kepada pemain Kazakhstan, Zarina Diyas.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Ogos 2019 @ 12:52 PM