Agensi

LAURENT Koscielny dikritik oleh penyokong Arsenal berikutan tindakannya menanggalkan jersi Gunners selepas meninggalkan kelab itu.

Pemain pertahanan Perancis itu melengkapkan perjanjian £4.6 juta (RM23.4j) ke kelab Ligue 1, Bordeaux selepas sembilan tahun berkhidmat bersama Gunners.

Bagaimanapun, kapten kelab pasukan itu tidak menyertai skuad Liga Perdana Inggeris (EPL) beraksi pada perlawanan pra-musim Jelajah Amerika.

Koscielny menimbulkan kemarahan kelab itu malah enggan menyertai keseluruhan pasukan tetapi berhijrah menyertai kelab lain.

Beberapa jam selepas perjanjian itu dimeterai, Koscielny sekali lagi terus menimbulkan kemarahan Arsenal.

Rakaman klip video dengan kiraan satu, dua, tiga di laman Twitter menunjukkan dia menanggalkan jersi Arsenal sebelum menayangkan jersi versi Bordeaux.

Menulis di Twitter, Robert Magee membuat ciapan: "Tiada hormat untuk Arsenal seperti itu."

Marc menulis menyatakan ia adalah ‘paling tidak hormat’ paling teruk saya pernah lihat" manakala satu lagi Gooner menyifatkan ia ‘menjijikkan’ dan benar-benar ‘memalukan’.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Ogos 2019 @ 1:41 PM
Tindakan Koscielny menanggalkan baju Gunners membuatkan penyokong Arsenal kurang senang. FOTO Twitter