Carey (kiri), Presiden Eksekutif Inter-American Entertainment Corporation (CIE) Alejandro Soberon Kuri (tengah), dan Sheinbaum (kanan), bergambar selepas majlis memeterai perjanjian penganjuran Mexico City Grand Prix. FOTO Agensi
Reuters

MEXICO akan kekal dalam kalendar Formula Satu (F1) untuk tiga tahun lagi selepas perjanjian baru ditandatangani semalam.

F1 berkata, perlumbaan itu mungkin menukarkan namanya kepada Mexico City Grand Prix bermula 2020 untuk meraih sokongan daripada pihak berkuasa pentadbiran bandar.

“Kami sangat berbesar hari untuk menyambung kerjasama kami dengan bandar Mexico, yang akan mula menjadi tuan rumah bagi Formula One Mexican Grand Prix sehingga sekurang-kurangan pada 2022,” kata Pengerusi Formula One merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chase Carey.

Datuk Bandar Mexico, Claudia Sheinbaum berkata, dalam satu kenyataan perjanjian berkenaan dibuat berdasarkan model kewangan baharu tanpa menggunakan sumber umum.

“Kerajaan Mexico akan menjadi perantara, memastikan keyakinan yang dapat menarik pelabur swasta untuk memastikan kelancaran acara antarabangsa ini,” katanya.

Harga tiket dijangka tidak berubah. Pengesahan perlumbaan sukan pemotoran popular itu bermakna kalendar 2020 menjadikan perlumbaan mencatat rekod dari 21 kepada 22 perlumbaan, dengan litar terbaru di Vietnam dan kembali semula Grand Prix Belanda manakala Jerman antara litar yang diketepikan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Ogos 2019 @ 10:42 AM