Alonso ketika beraksi bersama McLaren pada Indy 500. FOTO REUTERS
Alonso ketika beraksi bersama McLaren pada Indy 500. FOTO REUTERS
AFP

McLaren Racing kembali bertarung dalam saingan IndyCar dalam tempoh 40 tahun sejak kali terakhir bersaing sepenuh masa dalam siri itu, umum pasukan itu, hari ini.

McLaren yang pernah memenangi Indy 500 sebanyak dua kali pada 1970-an bersama Johnny Rutherford yang muncul juara 1974 dan 1976, membentuk kerjasama strategik bersama Arrow Schmidt Peterson Motorsports (Arrow SPM) dan Chevrolet.”

Pasukan itu akan dinamakan Arrow McLaren Racing SP yang akan menampilkan dua kereta menggunakan enjin Chevrolet untuk kejuaraan 2020.

Juara dunia Formula Satu dua kali dari Sepanyol, Fernando Alonso sebelum ini pernah memandu kereta McLaren Andretti Autosport Indy 500 pada 2017.

Dia bagaimanapun menarik diri ketika berada pada kedudukan ketujuh ketika perlumbaan.

Alonso kemudian bertarung dengan kereta McLaren Racing menggunakan enjin Chevrolet gagal layak pada edisi 2019.

“IndyCar menjadi sebahagian daripada McLaren sejak pembabitan awal dalam perlumbaan dan siri itu bukan sahaja menjadi platform komersil untuk mengembangkan jenama kami di Amerika Utara tetapi pertandingan bersama pasukan terbaik dalam permotoran antarabangsa,” kata CEO McLaren Racing, Zak Brown.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Ogos 2019 @ 11:06 PM