Mrquez terpantas sesi latihan MotoGP Austria. FOTO AFP
AFP

PENDAHULU kejuaraan, Marc Marquez mencatat masa terpantas bersama Honda pada dua sesi latihan menjelang MotoGP Austria, esok.

Pelumba Sepanyol itu mengenepikan pelumba senegaranya yang menunggang Yamaha, Maverick Vinales pada saingan di litar Red Bull Ring, Spielberg.

Juara dunia lima kali itu 0.066 saat lebih pantas berbanding Vinales manakala penunggang Ducati, Andrea Dovizioso pemenang di litar itu pada 2017 merakam masa ketiga terpantas dengan 0.117 saat lebih perlahan berbanding Marquez.

Dovizioso mencatat masa terpantas pada sesi awal di Red Bull Ring dengan dua pelumba terbabit turut memperbaiki catatan pada sebelah petang sebelum Marquez menggunakan tayar belakang lembut untuk memperbaiki catatan masa.

Pelumba Itali berusia 33 tahun itu yang masih mencari kejuaraan pertamanya ketinggalan 63 mata di belakang Marquez dalam saingan perebutan kejuaraan.

Pelumba Sepanyol itu sudah memenangi enam daripada 10 perlumbaan musim ini termasuk pada dua terakhir di Jerman dan Republik Czech.

Seorang lagi pelumba Honda, Takaaki Nagakami mencatat masa keempat terpantas dengan pelumba Perancis, Fabio Quartararo kelima bersama Yamaha menjelang perlumbaan sebenar esok.

Sesi latihan MotoGP:

1. Marc Marquez (ESP/Honda): 1:23.916

2. Maverick Vinales (ESP/Yamaha) at 0.066

3. Andrea Dovizioso (ITA/Ducati) 0.117

4. Takaaki Nakagami (JPN/Honda) 0.155

5. Fabio Quartararo (FRA/Yamaha) 0.237

6. Jack Miller (AUS/Ducati) 0.392

7. Miguel Oliveira (POR/KTM) 0.410

8. Danilo Petrucci (ITA/Ducati) 0.414

9. Cal Crutchlow (GBR/Honda) 0.420

10. Pol Espargaro (ESP/KTM) 0.502

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Ogos 2019 @ 12:37 AM