Ozil (kanan) dan Kolasinac diketepikan dari aksi persahabatan menentang Lyon susulan insiden itu. FOTO Agensi
Agensi

MESUT Ozil dan Sead Kolasinac tidak akan diturunkan dalam perlawanan pertama kempen Liga Perdana Inggeris, Arsenal menentang Newcastle esok atas faktor keselamatan.

Kedua-dua mereka dikatakan terbabit dalam insiden cubaan menghalang mencuri kenderaan bersenjata yang dilakukan sekumpulan penjenayah di utara-barat London bulan lalu.

Arsenal berkata mereka berhubung rapat dengan pihak polis dan “menyediakan pemain dan keluarga mereka sokongan penuh yang sepatutnya.”

“Kebajikan pemain kami dan keluarga mereka adalah sentiasa menjadi keutamaan,” menurut kenyataan kelab itu.

“Kami sudah mengambil keputusan berikut dengan pemain dan wakil mereka.

“Kami sedang melihat untuk mengalu-alukan semula kehadiran pemain berkenaan dalam pasukan dalam tempoh terdekat.”

Ozil dan Kolasinac diketepikan dari aksi persahabatan menentang Lyon susulan insiden itu namun mereka tampil pada perlawanan akhir pra musim menentang Barcelona pada Ahad.

Insiden berkenaan masih dalam siasatan polis. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihak Metropolitan Polis berkata : “mereka masih berhubung dengan Arsenal dan akan melakukan siasatan terhadap sebarang kelakuan jenayah membabitkan kejadian itu.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Ogos 2019 @ 1:37 PM