Miller akan terus beraksi bersama Pramac Ducati musim depan. FOTO REUTERS
Reuters

PELUMBA Australia, Jack Miller akan kekal bersama Pramac Ducati musim depan selepas bersetuju dengan kontrak lanjutan, menurut pasukan MotoGP itu, hari ini.

Miller, 24, meluahkan kebimbangan masa depannya berikutan ura-ura juara ntiga kali MotoGP, Jorge Lorenzo kembali untuk menyertai pengeluar Itali itu biarpun mempunyai kontrak bersama Honda.

“Saya gembira dapat mencapai persetujuan ini,” kata Miller menerusi kenyataan pasukan itu.

“Pramac Racing adalah pasukan membuatkan saya berasa selesa sejak awal musim dan hubungan saya bersama Ducati sangat rapat.

Saya sekali lagi akan akan menunggang motosikal kompetitif dan saya akan melakukan yang terbaik untuk mendapat keputusan terbaik.”

Miller yang berlumba untuk pasukan bukan kilang tetapi mempunyai kontrak kilang menamatkan saingan di tempat ketiga pada perlumbaan Grand Prix Republik Czech dan di Texas pada April lalu.

Dia kini menduduki tempat kelapan dalam kedudukan MotoGP keseluruhan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Ogos 2019 @ 7:39 PM