MANCHESTER City akan berdepan Tottenham awal pagi Ahad dalam kempen Liga Perdana Inggeris. FOTO AFP
MANCHESTER City akan berdepan Tottenham awal pagi Ahad dalam kempen Liga Perdana Inggeris. FOTO AFP
AFP

MANCHESTER City akan membalas dendam ke atas Tottenham awal pagi Ahad kerana menyingkirkan mereka daripada Liga Juara-Juara ketika Liverpool dan Manchester United masing-masing mahu meneruskan permulaan positif kempen Liga Perdana Inggeris mereka hujung minggu ini.

City mengumpul tiga gelaran domestik di England musim lalu tetapi sekali lagi hampa di Liga Juara-Juara apabila Tottenham mara dari peringkat suku akhir menerusi gol di tempat lawan.

Keputusan VAR membatalkan jaringan Raheem Sterling pada saat akhir dalam perlawanan mendebarkan menyaksikan kemenangan mereka 4-3 pada aksi kedua April lalu, namun menafikan hatrik Sterling dan peluang City dalam kelompok empat terbaik.

Bagaimanapun Sterling memulakan kempen baharu seperti mana akhir musim lalu dengan meledak hatrik pada hujung minggu pertama liga ketika City membelasah West Ham 5-0 untuk berada di puncak liga.

Tottenham juga cemerlang ke atas Aston Villa tetapi perlu bangkit daripada ketinggalan dengan dua gol pada lima minit terakhir sumbangan Harry Kane untuk memastikan kemenangan 3-1 ke atas pendatang baharu itu.

Kane memberi amaran bahawa Spurs tidak boleh ketinggalan terlalu awal dalam kempen mereka jika mahu terus mencabar gelaran.

“Kami perlu pastikan permulaan yang baik,” kata kapten England itu.

“Adalah penting untuk terus mencatat kemenangan selama mungkin.

“Kami mempunyai keyakinan penuh untuk terus melangkah jauh tetapi perjalanan masih panjang.”

Liverpool pula berharap memintas kedudukan sebelum sepak mula City dan Spurs di Etihad apabila mereka berkunjung ke Southampton yang mahu bangkit selepas tewas 0-3 kepada Burnley pada perlawanan pertama musim ini.

Chelsea pula muncul pasukan pertama dalam kelompok enam terhebat yang bermula dengan kekalahan apabila Blues tunduk 0-4 kepada Manchester United dalam perlawanan pertama kendalian Frank Lampard.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Ogos 2019 @ 9:25 AM