BERNARD (dua dari kiri) meraikan gol kemenangan. FOTO/AFP
Reuters

JARINGAN awal Bernard sudah cukup buat Everton menewaskan Watford 1-0 di Goodison Park awal pagi tadi untuk memberikan kemenangan pertama mereka di Liga Perdana Inggeris musim ini.

Everton bermula garang ketika Lucas Digne membuat hantaran jauh buat Benard di sebelah kiri sebelum pemain Brazil itu menyusup untuk menjaringkan gol seawal minit ke-10, jaringan Liga Perdana Inggeris pertamanya di Goodison Park.

Watford hampir saja menyamakan kedudukan pada minit ke-24 tetapi tandukan Craig Dawson melantun di palang.

Pengadil Video Bantuan kemudiannya diperlukan ketika Watford tercari-cari penalti tetapi terjahan Yerry Mina ke atas Gerard Deulofeu tidak dianggap cukup kuat untuk mengubah keputusan.

Selepas rehat, Everton terus mensia-siakan penguasan bola apabila Jordan Pickford berjaya menyelamatkan bola dengan mukanya unruk menafikan peluang Troy Deeney susulan serangan balas Watford.

Watford cuba memburu mata penyamaan tetapi Everton terus kental untuk mengekalkan 10 perlawanan tanpa bolos dalam 13 perlawanan terakhir liga mereka dan memberikan Marco Silva kemenangan ke atas bekas kelabnya.

“Kami mencatat kemenangan bermakna,” kata Silva.

“Adalah penting untuk bermula dengan kemenangan di laman sendiri pada perlawanan pertama kami.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Ogos 2019 @ 2:31 PM