Aksi kapten skuad negara Sukri Mutalib. FOTO Ihsan MHC
Ferzalfie Fauzi


SKUAD hoki negara terus kempunan untuk meraih kemenangan di Kejohanan Ujian Sukan Olimpik apabila tumpas buat kali kedua berturut-turut dan kali ini mereka tunduk 1-3 ketika berdepan tuan rumah, Jepun, hari ini.

Selepas dibelasah India 0-6 semalam, pasukan bimbingan Roelant Oltmans ini masih lagi tercari-cari rentak dan keserasian dalam aksi yang berlangsung di Tokyo.

Selepas bertahan dengan baik pada suku pertama tanpa bolos, Malaysia tersentak dengan gol sulung tuan rumah melalui jaringan padang Kentaro Fukuda pada minit ke-26.

Bagaimanapun, sebaik bersambung babak kedua, skuad hoki negara berjaya menyamakan kedudukan hasil gol padang Nabil Fiqri Noor di minit ke-37.

Tuan rumah sekali lagi berada di depan apabila Kazuma Murata berjaya meledak gol pada minit ke-48, menerusi jaringan padang.

Belum sempat skuad negara hendak memperkemaskan benteng, mereka dibolosi lagi seminit kemudian kali ini menerusi jaringan padang Kota Watanabe.

Malaysia akan meneruskan aksi berdepan New Zealand pada Selasa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Ogos 2019 @ 9:10 PM