RIBERY ketika bersama Bayern Munich. FOTO Agensi
AFP

KELAB Itali Fiorentina menyasarkan pemain sayap Perancis Franck Ribery, kata pengarah sukan kelab Tuscany itu, Daniele Prade hari ini.

Pemain Perancis berusia 36 tahun itu meninggalkan Bayern Munich sebagai ejen bebas pada akhir musim lalu selepas mengharungi 12 musim bersama kelab gergasi Jerman itu.

“Ribery? Kami amat meminatinya tetapi seperti juga ramai pemain hebat dia juga mempertimbangkan pilihannya,” kata Prade selepas Fiorentina mencatat kemenangan 3-1 ke atas Monza dalam aksi Coppa Italia.

“Kami mahukannya dan teringin memilikinya tetapi kami tidak boleh memberikan puluhan juta seperti pasukan Arab dan Russia.

“Namun jika dia mahu terus bermain bola sepak pada tahap tertinggi Fiorentina menantinya dengan tangan terbuka.”

Ribery menang sembilan gelaran Bundesliga dan Liga Juara-Juara bersama Bayern selepas dia menyertai kelab itu dari kelab Perancis, Marseille pada 2007.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Ogos 2019 @ 11:25 AM