Mohd Gahazi Abas bersama Naib Canselor UNITEN, Datuk Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin Muatapha (tengah) bergambar bersama kontinjen selepas Majlis perasmian SIPMA.
Saiful Affendy Sapran


EDISI kelapan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) dirasmikan secara gilang-gemilang di Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Bangi, sebentar tadi.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Dr Gazali Abas.

Kejohanan dwi tahunan itu membabitkan penyertaan daripada lapan kontinjen majlis sukan di bawah KPM dan akan berlangsung selama lapan hari bermula 17 sehingga 24 Ogos.


Mohd Gahazi (tengah) bersama Naib Canselor UNITEN, Datuk Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin Muatapha (kanan) merasmikan Majlis Perasmian SIPMA. FOTO Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Sebanyak lapan jenis sukan akan dipertandingkan pada edisi kali ini iaitu badminton, bola sepak, olahraga, renang, hoki, skuasy, tenpin boling dan bola jaring yang dipertandingkan buat pertama kali.

Sejumlah 93 pingat emas bakal menjadi rebutan kepada kontinjen yang bertanding.

Beberapa acara sukan seperti renang, olahraga dan skuasy dijangka berlangsung sengit apabila beberapa atlet negara turut bertanding.

Antaranya Welson Sim (renang), Mohd Aqil Yasmin dan Khairul Hafiz Jantan (olahraga).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Ogos 2019 @ 11:30 PM