Naomi ketika aksi di kejohanan Cincinnati Masters. FOTO AFP
AFP

NAOMI Osaka masih mengekalkan kedudukan teratas dalam ranking pemain wanita dunia WTA hari ini walaupun mengalami kecederaan dan tersingkir dari kejohanan Cincinnati Masters.

Pemain Jepun itu tewas kepada pemain di ranking ke-20 dunia, Sofia Kenin pada aksi suku akhir pada Ahad selepas mengalami kecederaan lutut. Penyertaan di Terbuka Amerika Syarikat masih belum pasti.

Madison Keys melonjak ke kedudukan kelapan dari ranking ke-10 selepas muncul juara di Cincinnati pada Ahad.

Turut melonjak dalam kelompok 10 teratas adalah Elina Svitolina yang melonjak di kedudukan kelima antara pencapaian tertinggi dalam karier pemain Ukraine itu.

Sloane Stephens tergelincir satu tangga di kedudukan ke-11 selepas kekalahan kepada Svetlana Kuznetsova pada pusingan ketiga di Cincinatti.

Ranking 10 pemain wanita teratas dunia :

1. Naomi Osaka (JPN) 6,606 mata

2. Ashleigh Barty (AUS) 6,501

3. Karolína Pliskova (CZE) 6,315

4. Simona Halep (ROU) 4,743

5. Elina Svitolina (UKR) 4,492

6. Petra Kvitová (CZE) 4,485

7. Kiki Bertens (NED) 4,325

8. Serena Williams (USA) 3,935

9. Aryna Sabalenka (BLR) 3,320

10. Madison Keys (USA) 3,267

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Ogos 2019 @ 11:35 PM