PEMAIN negara, Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi (tengah) cuba disekat tiga pemain New Zealand di Stadium Hoki Oi, hari ini. - FOTO MHC
Saiful Affendy Sapran


SKUAD hoki lelaki negara tewas 1-3 kepada New Zealand pada perlawanan ketiga Kejohanan Ujian Sukan Olimpik di Tokyo hari ini.

Ia kekalahan ketiga berturut-turut dialami anak buah Roelant Oltmans selepas tunduk 0-6 kepada India serta 1-3 di tangan tuan rumah, Jepun.

Kekalahan itu menyaksikan skuad negara akan beraksi pada penentuan tempat ke-3/4 esok. Berlangsung di Stadium Hoki Oi, Malaysian Tigers di hadapan selepas Najmi Farizal Jazlan menyempurnakan pukulan sudut penalti minit ke-21.

Bagaimanapun, New Zealand menyamakan kedudukan menerusi gol padang Jared Panchia sebelum Nic Woods menambah gol kedua minit ke-39. Hugo Inglis melengkapkan kemenangan New Zealand dengan gol padang tiga minit sebelum tamat perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Ogos 2019 @ 11:21 AM