Pemain Sarawak, Mohamad Alif Hassan bersaing dengan pemain Kelantan, Mohamad Khairi Asyraf Ramli perlawanan Kumpulan A Piala Cabaran 2019 di Stadium Negeri, Kuching. FOTO Hazreen Mohamad
BERNAMA

KELANTAN meraih kemenangan pertama selepas membenam Sarawak 3-0 dalam aksi Piala Cabaran 2019 di Stadium Sarawak, Kuching, sebentar tadi.

Muhammad Fauzi Rozlan muncul wira skuad ‘The Red Warriors’ apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-35 dan 88, selain jaringan Mohamad Khairul Rizam Che Soh pada minit ke-46 untuk mengesahkan tiga mata penuh.

Pada perlawanan Kumpulan B, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

UKM FC selaku pasukan tuan rumah, membuka jaringan menerusi pemain import dari Croatia, Mateo Roskam pada minit ke-35, sebelum Wan Mohammad Faiz Wan Sulaiman (64’) dan Syed Sobri Syed Mohamad (90’) turut menambah derita bagi skuad “The City Boys”.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Ogos 2019 @ 11:43 PM