CR7 beri gambaran mahu bersara tahun depan selepas lalui karier gemilang. FOTO REUTERS
CR7 beri gambaran mahu bersara tahun depan selepas lalui karier gemilang. FOTO REUTERS
Agensi

PEMAIN bintang Juventus, Cristiano Ronaldo memberi gambaran akan bersara lebih awal berkemungkinan penghujung musim ini.

Pemain berusia 34 tahun itu yang menandatangani kontrak mewah selama empat tahun bersama Juventus selepas membantu kelab itu meraih gelaran Serie A pada musim pertama bersama kelab itu.

Ronaldo bagaimanapun enggan menolak kemungkinan menggantung butnya tahun depan biarpun mengakui berada dalam keadaan terbaik untuk beraksi pada tahap tertinggi untuk beberapa tahun lagi.

Dia memberitahu stesen televisyen Portugal, TV1: “Buat masa ini, saya tidak memikirkan mengenai persaraan.

“Mungkin saya boleh meninggalkan karier tahun depan. Saya boleh bermain sehingga umur 40 atau 41.

“Saya tidak tahu. Apa selalu saya perkatakan adalah menikmati setiap detik. Pemberian adalah sesuatu yang cemerlang dan saya perlu meneruskannya.”

Ronaldo menamatkan saingan selaku penjaring terbanyak Juve musim lalu dengan 21 gol sekaligus mengatasi Napoli untuk meraih gelaran kelapan berturut-turut selaku juara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Ogos 2019 @ 6:25 PM