ZII Jia bertemu Momota pada suku akhir di Basel, esok. — FOTO Syarafiq Abd Samad
Saiful Affendy Sapran


PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia melakar sejarah pada penampilan sulungnya di Kejohanan Badminton Dunia apabila dia mara ke suku akhir.

Pemain yang menduduki ranking ke-13 dunia itu mempamer aksi meyakinkan ketika menewaskan pilihan kelapan dari Jepun, Kenta Nishimoto 21-15, 11-21, 22-20 pada pusingan ketiga hari ini.

Zii Jia terpaksa bekerja keras untuk menewaskan Nishimoto di St Jakobshalle, Basel, Switzerland apabila mengambil masa satu jam 10 minit sebelum memastikan kemenangan.

Ia kemenangan ketiga berturut-turut dilakar Zii Jia ke atas Nishimoto sepanjang empat pertemuan.

Bagaimanapun, pada suku akhir esok, Zii Jia berdepan tugas getir bertemu juara bertahan serta pemain nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Ogos 2019 @ 10:22 PM