Aksi Cori Gauff ketika menyertai kejohanan. FOTO File Agensi
AFP

CORI ‘Coco’ Gauff berjaya mara ke pusingan keempat di Wimbledon pada usia 15 tahun selain mengejutkan pencabar utama dan pegawai Terbuka AS memberikan peluang beraksi dalam jadual undian utama secara automatik.

Coco akan membuat penampilan di Terbuka AS pada Selasa petang di Stadium Louis Armstrong berdepan pemain Russia dan ranking ke-76, Anastasia Potapova.

“Saya sebenarnya tidak meletakkan harapan kepada diri sendiri,” kata Coco. “Saya hanya fikir apa yang berlaku tetap berlaku.”

Coco ranking ke-141, beraksi dan memenangi pertama perlawanan WTA pada Mac di Miami, menerima kelayakan secara automatik dalam kelayakan Wimbledon, kemudian bersaing untuk menjadi pemain termuda dalam undian utama dalam sejarah di All England Club.

Dia mengejutkan pemain ranking 44, Venus Williams pada pusingan awal dalam penampilan pertama di Grand Slam, mengatasi Magdalena Rybarikova dan memperolehi dua mata penting ketika mengejutkan Polona Hercog untuk mara ke kelompok 16 terakhir, sebelum impian mencipta kejutan ditamatkan oleh juara kejohanan, Simona Halep.

“Kita boleh katakan dia mempunyai tekanan, dia masih terlalu muda, tetapi juga dia tidak risau apa-apa untuk tewas, kerana terlalu muda,” kata Halep. “Jadi saya lihat hanya perkara positif mengenainya kini.

“Jika dia hanya mengawal emosi dan fakta bahawa orang bercakap mengenainya, dia kan menjadi lebih baik.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Ogos 2019 @ 12:54 PM