Igauan buruk Nizam berakhir selepas tewaskan Melaka. FOTO Rasul Azli Samad
Nazri Abu Bakar


JURULATIH FELDA United, Mohd Nidzam Jamil mengakui nostalgia 'seram' menghantuinya berakhir selepas skuadnya mengatasi Melaka di Stadium Hang Jebat.

Ianya berikutan sebelum ini skuad pimpinannya pernah mendahului dengan jaringan sama namun akhirnya tewas 4-3 di gelanggang terbabit amat dibimbangi berlaku sekali lagi.

The Fighters menang perlawanan itu dengan keputusan 3-1.

Rekod pernah kalah 6-0 kepada Melaka di stadium berkenaan antara igauan buatnya untuk memastikan memastikan keputusan perlawanan berakhir dengan positif.

"Pastinya selepas tewas 3-1 kepada skuad Hang Tuah di gelanggang sendiri minggu lalu ia seolah-olah menggambarkan perjuangan kian sulit apatah lagi selepas ketinggalan 0-1 namun bangkit mencabar.

"Keupayaan pemain termasuk Khairul Amri, Hadin Azman, Muhammad Danial Amier Nurhisham, S Chanturu, Jasazrin Jamaludin dan pemain lain dengan semangat tinggi berjaya mengubah skrip keputusan," katanya.

Menurutnya, Piala Malaysia amat menakjubkan dan sebagai ketua jurulatih buat pertama kali mengharunginya mengakui merasai situasi luar jangkaan yang berlaku.

Justeru, dua baki perlawanan di Jengka tetap sukar walaupun peluang lebih cerah bermain di tempat sendiri namun tiada mustahil boleh berlaku.

Baginya, dia mahu penentuan keputusan pasukan layak hanya ditentukan selepas perlawanan terakhir kerana saingan piala itu sukar dijangka.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Ogos 2019 @ 5:27 PM