Petronas Yamaha SRT's Italian rider Franco Morbidelli rides his motorbike during the Moto GP race of the British Grand Prix at Silverstone circuit in Northamptonshire, central England, on August 25, 2019. (Photo by Adrian DENNIS / AFP)
BERNAMA

PELUMBA Petronas Sepang Racing Team (SRT), Franco Morbidelli, semala mencatatkan keputusan terbaiknya dalam MotoGP musim ini, selepas menamatkan perlumbaan di Grand Prix Britain pada kedudukan kelima di Sirkit Silverstone, United Kingdom.

Pelumba berusia 24 tahun dari Itali itu, memulakan perlumbaan di tempat kelapan, mencatatkan masa 40 minit 25.908 saat dalam perlumbaan 17 pusingan, yang telah terganggu dengan satu kemalangan besar, melibatkan beberapa pelumba pada peringkat awal perlumbaan.

Rakan sepasukannya, Fabio Quartararo, yang terlibat dalam kemalangan itu, kemudiannya telah dikejarkan ke Hospital Conventry untuk rawatan lanjut, selepas mengadu pening kepala akibat hantukkan ketika kemalangan tersebut.

Pelumba Sepanyol, Alex Rins dari Pasukan Suzuki Ecstar memenangi MotoGPnya yang kedua, selepas GP Amerika pada Mac, dengan mencatatkan masa 40 minit 17.299 saat, diikuti – Marc Marquez dari Pasukan Repsol Honda, manakala seorang lagi pelumba Sepanyol, Maverick Vinales dari Pasukan Yamaha Monster Energy di tempat ketiga, dengan masing-masing ketinggalan 0.012 s dan 0.620s di belakang Rins.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Ogos 2019 @ 8:41 AM