JIN Young memperagakan trofi yang dimenanginya pada Terbuka Wanita Kanada, pagi tadi. — FOTO AFP
AFP

PEMAIN nombor satu dunia Ko Jin Young dari Korea Selatan menang dengan jurang lima pukukan pada Terbuka Wanita Kanada Pasifik awal pagi tadi, menghasilkan empat pusingan berturut-turut tanpa bogey untuk merangkul kejuaraan ke-16 dalam karier profesionalnya.

Pemain berusia 24 tahun dari Seoul itu sekali lagi mempamerkan persembahan tanpa kesilapan di Magna Golf Club di pinggir Toronto dalam pencapaian terbaharunya musim ini yang mana dia turut memenangi dua kejohanan utama ANA Inspiration dan Kejuaraan Evian.

Di samping dua kejuaraan utama itu, ia juga kemenangan kedua Jin Young dalam Jelajah LPGA musim 2019, susulan kemenangannya pada Piala Founders, Mac lalu.

Catatan lapan bawah par 64 pada pusingan akhir menyaksikan Jin Young berakhir dengan 26 bawah par, lima pukulan di depan rakan sepermainan pusingan akhir Nicole Broch Larsen, yang menamatkan kempen dengan tiga bawah par 69 untuk mengumpul 21 bawah par di tangga kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Ogos 2019 @ 1:11 PM