FALCAO (kanan) bersaing dengan Lionel Messi ketika menentang Argentina pada Copa America dua bulan lalu. — FOTO Agensi
FALCAO (kanan) bersaing dengan Lionel Messi ketika menentang Argentina pada Copa America dua bulan lalu. — FOTO Agensi
AFP

COLOMBIA tampil tanpa dua pemain bintang James Rodriguez dan Radamel Falcao bagi aksi persahabatan antarabangsa menentang Brazil dan Venezuela bulan depan, umum jurulatih Carlos Queiroz pagi tadi.

Falcao, penjaring gol terbanyak negaranya, mengalami kecederaan buku lali manakala Rodriguez, yang berada di tangga kedua senarai penjaring sepanjang zaman, cedera ketika Real Madrid seri 1-1 dengan Real Valladolid hujung minggu lalu.

Rodriguez, 28, dikeluarkan pada minit ke-58 di Bernabeu dengan “kecederaan otot di betis kanan”, menurut Real.

“Kami akan berdepan juara Copa America, pasukan nombor dua dalam ranking FIFA dan ia satu peluang fantastik untuk melihat tahap kami,” kata Queiroz, bekas jurulatih Real Madrid dan pembantu Alex Ferguson di Manchester United.

RODRIGUEZ cedera ketika Real bertemu Valladolid, hujung minggu lalu. — FOTO Agensi
RODRIGUEZ cedera ketika Real bertemu Valladolid, hujung minggu lalu. — FOTO Agensi

“Apabila Colombia bermain menentang Venezuela ia seperti Liverpool menentang Manchester United.”

Colombia bertemu Brazil pada 6 September depan di Miami, Amerika Syarikat sebelum menentang Venezuela di Tampa empat hari kemudian.

Ia perlawanan pertama mereka sejak Copa America bulan lalu yang mana mereka tewas di tangan Chile pada suku akhir.

Colombia menang enam daripada lapan perlawanan sejak Queiroz dari Portugal mengambil alih pasukan kebangsaan awal tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Ogos 2019 @ 11:23 AM