Benitez (kanan) ketika menjulang Piala UCL bersama Gerrard. FOTO REUTERS
Agensi

RAFA Benitez mengakui skuad Liverpool yang memenangi Liga Juara-Juara (UCL) 2005 dikendalikannya bukan tandingan buat skuad Jurgen Klopp sekarang.

Pengurus dari Sepanyol itu mencapai kejayaan di peringkat Eropah pada musim pertamanya di Anfield dengan Steven Gerrard mengetuai cabaran bangkit daripada ketinggalan 3-0 menentang AC Milan untuk memenangi perlawanan menerusi penentuan penalti.

Biarpun menjulang Piala FA pada musim berikutnya, Benitez memberitahu skuad Klopp meraih gelaran UCL musim lalu memiliki kualiti lebih baik di padang berbanding pasukan 2005 ketika itu.

Dia berkata: “Saya benar-benar bangga dengan apa saya capai pada 2005 tetapi perlu mengatakan pasukan 2019 lebih kuat.

“Pasukan kami ada ketika itu, ketika ini adalah disebabkan usaha gigih dan memiliki karakter termasuk komitmen di dalam padang.

“Pasukan ini memiliki keupayaan dan kualiti yang boleh mewujudkan perbezaan dalam padang.”

Selepas mengendalikan Liverpool dan Chelsea menjulang kejayaan Eropah, Benitez juga memenangi Liga Kejuaraan bersama Newcastle.

Bekas bos Valencia itu meraikan kejayaan di St James Park pada 2017 sebelum kekal bersama Toon selama dua musim.

Pengendali berusia 59 tahun itu meninggalkan Newcastle untuk menyertai kelab Liga Super China, Dalian Yifang musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Ogos 2019 @ 3:48 PM