BEKAS pemain Belanda,  Wesley Sneijder mencabut undian Liga Juara-Juara di Monaco. - FOTO Reuters
BEKAS pemain Belanda, Wesley Sneijder mencabut undian Liga Juara-Juara di Monaco. - FOTO Reuters
AFP

JUARA bertahan, Liverpool berdepan sekali lagi Napoli dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara buat dua musim berturut-turut manakala Barcelona menghadapi cabaran lebih getir selepas sesi undian di Monaco, sebentar tadi.

Skuad kendalian Jurgen Klopp turut diundi bersama juara Austria, Salzburg dan juara Belgium, Genk dalam Kumpulan E.

Barcelona pula menentang Borussia Dortmund, Inter Milan dan Slavia Prague dalam Kumpulan F.

Berikut keputusan undian Liga Juara-Juara:

Kumpulan A

Paris Saint-Germain (FRA), Real Madrid (ESP), Club Brugge (BEL), Galatasaray (TUR)

Kumpulan B

Bayern Munich (GER), Tottenham (ENG), Olympiakos (GRE), Red Star Belgrade (SRB)

Kumpulan C

Manchester City (ENG), Shakhtar Donetsk (UKR), Dinamo Zagreb (CRO), Atalanta (ITA)

Kumpulan D

Juventus (ITA), Atletico Madrid (ESP), Bayer Leverkusen (GER), Lokomotiv Moscow (RUS)

Kumpulan E

Liverpool (ENG), Napoli (ITA), Red Bull Salzburg (AUT), Genk (BEL)

Kumpulan F

Barcelona (ESP), Borussia Dortmund (GER), Inter Milan (ITA), Slavia Prague (CZE)

Kumpulan G

Zenit Saint-Petersburg (RUS), Benfica (POR), Lyon (FRA), RB Leipzig (GER)

Kumpulan H

Chelsea (ENG), Ajax (NED), Valencia (ESP), Lille (FRA)

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Ogos 2019 @ 1:22 AM