POCHETTINO mendakwa skuadnya adalah ‘yang paling tidak stabil’ yang pernah ditanganinya sepanjang enam tahun. FOTO Agensi
POCHETTINO mendakwa skuadnya adalah ‘yang paling tidak stabil’ yang pernah ditanganinya sepanjang enam tahun. FOTO Agensi
AFP

ARSENAL selalunya memandang rendah keupayaan Tottenham namun keseimbangan kuasa kini meletakkan Spurs jauh di depan mereka sepanjang tiga musim terakhir apabila sering beraksi di Liga Juara-Juara.

Perlawanan derby membabitkan dua pasukan itu malam esok, memberikan Gunners peluang awal untuk membuktikan berapa musim ini sungguh berbeza.

Spurs dilihat memiliki momentum pada akhir musim lalu selepas mara ke final Liga Juara-Juara buat kali pertama dan berpindah stadium baharu berkapasiti 62,000 tempat duduk, lebih 2,000 berbanding Stadium Emirates.

Bagaimanapun mereka menempuhi musim perpindahan yang mengecewakan biarpun membuat pembelian pertama dalam tempoh 18 bulan.

Mereka memecah rekod kelab dengan membeli Tanguy Ndombele selain ketibaan Ryan Sessegnon dan Giovani Lo Celso.

Namun ketiga-tiganya tidak mungkin beraksi malam esok ketika Ndombele dan Sessegnon mengalami kecederaan, manakala Lo Celso masih belum membiasakan diri selepas pada hari terakhir jendela perpindahan kelab Inggeris.

Kata-kata dan tindakan pengurus Tottenham Mauricio Pochettino membayangkan cabaran Spurs hanya akan bermula selepas rehat aksi antarabangsa sebaik jendela perpindahan Eropah berakhir.

Pochettino mendakwa skuadnya adalah ‘yang paling tidak stabil’ yang pernah ditanganinya sepanjang enam tahun kendalian dengan kebimbangan mengenai masa depan Christian Eriksen, Jan Vertonghen dan Toby Alderweireld.

Ketiga-tiga mereka memasuki tahun terakhir kontrak mereka, bermakna mereka boleh meniggalkan kelab secara percuma pada musim panas depan, dengan andaian mereka kekal di Tottenham selepas berakhir jendela perpindahan Eropah.

“Bagi kami dan kelab, ia sukar untuk dikendalikan. Kami hanya perlu menunggu,” kata Pochettino yang masih tidak mengetahui keadaan skuadnya sepanjang musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Ogos 2019 @ 10:26 AM