Pemain Tottenham Hotspur, Harry Winks mengangkat tangan selepas diasak pemain Arsenal, Sokratis. FOTO REUTERS
Agensi

ADA masanya benteng pertahanan Arsenal ‘melucukan’ pada separuh masa pertama, kata pengulas sukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Alan Shearer.

“Sokratis tidak perlu menanduk ketika Christian Eriksen membuka jaringan untuk Tottenham.

“David Luiz pula kerap menjatuhkan dirinya dan sering mengambil risiko yang tidak perlu.

“Penjaga gol Bernd Leno juga sepatutnya beraksi lebih baik daripada sekadar menampan bola yang kemudian disambar pantas oleh Eriksen”, katanya selepas derby utara London berkesudahan 2-2 di Stadium Emirates, London.

Shearer berkata, cara permainan Arsenal memalukan kerana Tottenham dilihat begitu mudah mendapatkan dua gol pertama mereka.

Spurs menggunakan peluang mereka dengan baik termasuk rembatan sepakan penalti dilakukan oleh Harry Kane.

Bagaimanapun, apakah yang difikirkan oleh Granit Xhaka sewaktu melakukan bentesan terhadap Son Heung-Min untuk memberikan penalti itu?

Dia sepatutnya berfikir “Saya perlu lebih bertenang dalam kotak penalti kerana saya akan menjatuhkannya’ tetapi dia langsung tidak memikirkannya.

Arsenal dilihat lebih teruk daripada apa mereka lalui pada musim lalu.

Kieran Tierney masih belum disenaraikan dan bahagian pertahanan belum mempamerkan peningkatan.

“Saya melihat ia sebagai isu Arsenal malah menyerang adalah satu masalah besar.

Apapun, karakter dipamerkan mereka bangkit daripada ketinggalan 2-0 wajar diberi pujian.

Detik penting hadir ketika Alexandre Lacazette merembat masuk gol pertama Gunners sebelum tamat separuh masa pertama.

Spurs dan Arsenal berada dalam kalangan empat pasukan bersaing merebut tempat ke Liga Juara-Juara (UCL) tetapi dua pasukan ini masih mempunyai isu untuk diselesaikan.

Manchester City dan Liverpool pula berada berjuta batu jauh di hadapan berbanding kebanyakan pasukan EPL yang lain.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 September 2019 @ 6:18 PM