VAN Dijk, Messi dan Ronaldo berentap sekali lagi di Milan pada 23 September. - FOTO Agensi
AFP

PERTAHANAN tengah Liverpool, Virgil van Dijk yang muncul pemain lelaki terbaik tahunan UEFA minggu lalu berpeluang merebut anugerah pemain terbaik FIFA selepas dipilih mengisi senarai akhir bersama Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Van Dijk mengecewakan kedua-dua bintang itu minggu lalu dan sekali lagi berentap bersama mereka untuk anugerah FIFA yang bakal berlangsung di Milan pada 23 September.

Van Dijk antara tonggak yang membantu Liverpool memenangi Liga Juara-Juara musim lalu.

Sementara itu, pertahanan England, Lucy Bronze yang memenangi anugerah wanita UEFA tersenarai bersama dua pemain Amerika Syarikat yang memenangi Piala Dunia, Megan Rapinoe dan Alex Morgan.

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola pula bersaing dengan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp dan Mauricio Pochettino (Tottenham) bagi merebut anugerah jurulatih lelaki terbaik.

Phil Neville yang membawa skuad wanita England ke separuh akhir Piala Dunia tersenarai untuk anugerah jurulatih wanita terbaik bersama pengendali AS, Jill Ellis dan Sarina Wiegman yang membawa Belanda ke final Piala Dunia.

Senarai akhir terbaik FIFA:

Pemain lelaki:

Cristiano Ronaldo (Juventus/Portugal), Lionel Messi (Barcelona/Argentina), Virgil van Dijk (Liverpool/Belanda)

Pemain wanita:

Lucy Bronze (Lyon/England), Alex Morgan (Orlando Pride/AS), Megan Rapinoe (Reign FC/AS)

Jurulatih lelaki:

Pep Guardiola (Manchester City), Jurgen Klopp (Liverpool), Mauricio Pochettino (Tottenham)

Jurulatih wanita:

Jill Ellis (AS), Phil Neville (England), Sarina Wiegman (Belanda)

Penjaga gol wanita:

Christiane Endler (Paris St-Germain/Chile), Hedvig Lindahl (Wolfsburg/Sweden), Sari van Veenendaal (Atletico Madrid/Belanda)

Penjaga gol lelaki:

Alisson (Liverpool/Brazil), Ederson (Manchester City/Brazil), Marc-Andre ter Stegen (Barcelona/Jerman)

Anugerah Puskas (jaringan terbaik):

Lionel Messi (Barcelona mln Real Betis), Juan Quintero (River Plate mln Racing Club), Daniel Zsori (Debrecen mln Ferencvaros)

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 September 2019 @ 10:48 PM