Nurshima (kiri) bersama Zainal dan pemain Melaka. FOTO FB MUSA
Nazri Abu Bakar


MELAKA United, menduduki tempat ketiga Kejohanan Trofeo Piala Walikota Pekanbaru yang berlangsung di Stadium Kaharudin Nasution, Pekanbaru, Riau, Indonesia, semalam.

Saingan membabitkan tiga penjuru itu menyaksikan skuad Liga Super itu tewas 6-7 menerusi penentuan penalti menentang Semen Padang sebelum tumpas 0-1 kepada tuan rumah, PSPS Riau pada perlawanan kedua.

Kemenangan 1-0 Semen Padang ke atas PSPS Riau membolehkan skuad terbabit muncul juara diikuti skuad tuan rumah.

Hadiah disampaikan Konsulat Malaysia di Pekanbaru, Nurshima Wan Jusoh.

Kejohanan anjuran Komite Olahraga Nasional Indonesia Kota Pekanbaru itu diadakan sempena Upacara Pembukaan Pekan Olahraga Kota (PORKOT) Pekanbaru VII 2019.

Jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan berkata, kejohanan itu memberi banyak pendedahan kepada pemain untuk meningkatkan prestasi apatah lagi mereka bakal berdepan Selangor pada 14 September untuk aksi Piala Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 September 2019 @ 10:00 PM