YUSRI (tengah belakang) memenangi perlumbaan scratch.
Azlan Muhammad Zain


PELUMBA muda negara terus cemerlang apabila menambah dua pingat emas pada Kejohanan Trek Piala Asia di New Delhi, malam ini.

Muhammad Yusri Shaari meraih emas pertama apabila memenangi perlumbaan scratch sejauh 15 kilometer dengan menafikan cabaran 14 pencabar lain termasuk dua pelumba Kazakhstan yang akur meraih perak dan gangsa.

Rentak cemerlangnya diteruskan Eiman Firdaus Mohd Zamri yang memenangi acara kejar-mengejar individu.

Ia emas peribadi kedua-dua pelumba trek endurance negara selepas mereka memenangi acara kejar-mengejar berpasukan pada hari pertama kejohanan semalam, bergandingam bersama Ariff Denial Noor Rosedi dan Muhammad Hakimi Nor.

Bagaimanapun hasrat untuk menyaksikan ratu trek negara, Fatehah Mustapa meraih emas tidak kesampaian di Velodrom Kompleks Sukan Indira Ghandi apabila tewas pada final pecut individu di tangan pelumba Indonesia, Crismonita Dwi Putri.

Manakala Anis Amira Rosidi terlepas gangsa apabila tewas kepada pelumba Hong Kong.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 September 2019 @ 11:54 PM