Eden Hazard (tengah) cuba di halangan pemain Levante. FOTO Reuters
AFP

KARIM Benzema menjaringkan dua gol dalam aksi terbaik buat Real Madrid berdepan Levante, walaupun mencatat kemenangan tipis 3-2 ketika Eden Hazard membuat kemunculan di La Liga.

Jaringan penyerang Perancis itu hadir enam minit selepas permainan babak pertama dalam suasana petang yang lembap di Santiago Bernabeu, sebelum Casemiro meletakkan Real mendahului 3-0.

Bagaimanapun Levante, yang memenangi dua perlawanan terakhir mereka di gelanggang lawan, mempamerkan kebangkitan pada babak kedua permainan untuk merapatkan jurang gol menerusi Borja Mayoral dan Gonzalo Melero.

Ketika aksi pasukan itu mencatat kemenangan yang tidak meyakinkan seperti yang diharapkan jurulatih Zinedine Zidane namua ia adalah kemenangan yang cukup dinantikan selepas Real hanya mencatat keputusan seri dalam dua perlawanan lalu.


Benzema (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan. FOTO AFP

Hazard yang dimasukkan daripada bangku pemain simpanan untuk aksi minit ke-60 permainan untuk melakukan penampilan pertama di La Liga selepas kecederaan peha yang dialami mengganggu permulaan karier di Real susulan perpindahan 100 juta Euro (RM465.06 juta) daripada Chelsea.

Pemain Belgium mungkin dapat beraksi dalam kesebelasan utama Real apabila mereka berkunjung ke Paris Saint-Germain bagi perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara pada Rabu.

Gareth Bale juga boleh beraksi pada perlawanan itu selepas penggantungan menyebabkan dia diketepikan tetapi Sergio Ramos tidak dapat beraksi menentang PSG kerana hukuman penggantungan Eropah.

Zidane juga tanpa pemain yang mengalami kecederaan Luka Modric. Bagaimanapun, sama seperti Hazard, rakan yang ditandatangani musim panas lalu Eder Militao tampil dari bangku simpanan pada separuh masuk kedua dan bekas pertahanan Porto mungkin memulakan permainan di Paris bagi menggantikan tempat Ramos.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 September 2019 @ 9:57 PM