WILSON menjaringkan golnya yang ketiga ketika menentang Everton.
AFP

CALLUM Wilson meledak dua gol ketika Bournemouth berjaya mengekang Everton pada awal musim dengan kemenangan 3-1 malam ini.

Pemain England itu memanfaatkan kepincangan pertahanan lawan untuk menanduk gol pembukaan dari jarak dekat, namun Everton menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa menerusi Dominic Calvert-Lewin.

Skuad Toffees berbelanja besar musim panas ini dalam usaha mencabar kelompok enam teratas bagi membolehkan menyertai kejohanan di Eropah namun banyak yang perlu diperbaiki mereka untuk memastikan rancangan itu berjaya.

Sepakan percuma Ryan Fraser kembali meletakkan Bournemouth di depan 23 minit sebelum tamat permainan sebelum penyudah cantik Wilson menerusi sepakan lambung mengatasi rakan senegara Jordan Pickford memastikan kemenangan milik mereka.

Everton kini mengumpul hanya satu mata daripada tiga perlawanan di tempat lawan musim ini selepas tewas di laman Crystal Palace dan Aston Villa.

Kemenangan meletakkan Bournemouth di atas lawan mereka menerusi perbezaan gol dengan kedua-dua pasukan berkongsi tujuh mata daripada lima perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 September 2019 @ 11:47 PM