MURRAY masih berkarat selepas pulih daripada pembedahan. - FOTO Agensi
Reuters

ROGER Federer dijangka berdepan Andy Murray apabila Switzerland diundi menentang Great Britain dalam aksi peringkat kumpulan Piala ATP.

Bekas pemain nombor satu dunia, Murray hanya beraksi beberapa acara perseorangan selepas menjalani pembedahan awal tahun ini tetapi layak ke kejohanan itu berdasarkan ranking dilindungi.

Murray berkata minggu lalu dia memerlukan empat hingga lima bulan untuk menyaingi kepantasan musuh lama seperti Federer dan Rafa Nadal dan dengan Piala ATP bemula 3 Januari depan dia perlu menyiapkan diri untuk menghadapi kejohanan itu.

Switzerland dan Britain turut berdepan Belgium dalam Kumpulan C di Sydney selepas undian dijalankan di bandar sama, awal pagi tadi.

24 negara beraksi dalam enam kumpulan dan bersaing secara liga sebelum pemenang setiap kumpulan dan dua pasukan terbaik tempat kedua layak ke pusingan akhir Piala ATP di Sydney.

Lapan belas pasukan telah pun layak kejohanan itu setakat ini dengan tuan rumah Australia turut layak.

Lima lagi pasukan bakal mengesahkan tempat selepas kelayakan kedua berlangsung pada November depan.

Piala ATP

Kumpulan A - Serbia, Perancis, Afrika (Brisbane)

Kumpulan B - Sepanyol, Jepun, Georgia (Perth)

Kumpulan C – Switzerland, Belgium, Great Britain (Sydney)

Kumpulan D - Rusia, Itali, Amerika Syarikat (Perth)

Kumpulan E - Austria, Croatia, Argentina (Sydney)

Kumpulan F - Jerman, Greece, Canada, Australia (Brisbane)

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 September 2019 @ 12:04 PM