PERTAHANAN Perak, Shahrul Saad (kiri) mengawal ketat pemain Sabah, Rahman Shah Marajeh di Stadium Likas. — FOTO Edmund Samunting
Ryan Stanley


JUARA bertahan Perak mengiringi Pahang ke suku akhir Piala Malaysia walaupun seri 1-1 dengan Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam ini.

Skuad The Bos Gaurus menghuni tangga kedua Kumpulan C selepas mengumpul sembilan mata daripada enam perlawanan sekali gus mengatasi Pulau Pinang di tempat ketiga.

Perak menguasai hampir keseluruhan permainan separuh masa pertama dan memperoleh gol pertama pada minit ke-26.

Gol itu berpunca hasil hantaran cantik Nazirul Naim Che Hashim ke dalam kotak penalti yang kemudiannya disudahkan dengan baik oleh Ronaldo bagi menjadikan kedudukan 1-0.

Tuan rumah bertindak lebih garang pada babak kedua dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-48 menerusi tandukan Maxsius Musa yang menyudahkan sepakan percuma Azzizan Nordin.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 September 2019 @ 11:22 PM