MUHAMMAD Rafiq
Azlan Muhammad Zain


JAGUH tenpin boling negara, Rafiq Ismail tidak memandang mudah cabaran di Sukan SEA Filipina walaupun dibuai dengan pelbagai kejayaan di peringkat tempatan dan antarabangsa pada tahun ini.

Jelasnya, dia tidak mahu terlalu yakin dan memandang rendah kemampuan pencabar yang lain terutamanya dua wakil tuan rumah pada edisi ke-30 temasya dwitahunan itu.

“Saya tidak melihat ia mudah dan tidak mahu memandang mudah kemampuan pencabar lain...bola itu bulat. Saya mungkin berada di prestasi terbaik ketika ini namun belum tentu pada tempoh akan datang,” katanya.

Rafiq sudah meraih sejumlah kejuaraan sepanjang tahun ini seperti Terbuka Singapura, Masters Jelajah Boling Eropah (EBT), Terbuka Hong Kong dan Masters Jelajah Boling Asia.

“Sebenarnya tugasan di Sukan SEA agak mencabar kerana saya sudah memenangi beberapa emas sebelum ini. Saya berharap mampu menambah lagi kutipan emas kali ini.

“Saya mahu bersedia sepenuhnya...tekanan memang ada namun melihatnya sebagai lumrah. Semua akan merasa tertekan namun saya perlu menanganinya dengan cara sendiri dan menjadikannya sebagai motivasi,” katanya.

Rafiq cemerlang meraih tiga emas dua tahun lalu sekali gus dijadikan sandaran untuk mengulanginya di Filipina.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 September 2019 @ 6:34 PM