WILLETT beraksi pada pusingan kedua di Wentworth Golf Club. — FOTO Reuters
AFP

DANNY Willett dan Jon Rahm berkongsi pendahulu pada Kejuaraan BMW PGA selepas pusingan kedua di Wentworth, England awal pagi tadi apabila Willett melakukan 65 di West Course untuk menyertai Rahm dengan 11 bawah par.

Rahm dari Sepanyol membenam eagle pada lubang ke-18 untuk mencatat 67 selepas 66 pada pusingan pertama.

Pemain nombor empat dunia Justin Rose, yang beraksi sekalipun mengalami kecederaan lutut ketika majlis parti pengurusnya, melonjak dua pukulan di belakang pendahulu di samping Henrik Stenson dan Christiaan Bezuidenhout.

Rory McIlroy melepasi had kelayakan selepas pusingan 69.


AKSI Rahm pada pusingan kedua awal pagi tadi. — FOTO Reuters

Sesudah terlepas ‘cut’ di Wentworth Mei lalu, Willett menduduki ranking ke-462 di dunia.

Namun dia menamatkan tahun dengan bergaya apabila menjuarai Kejuaraan Jelajah Dunia DP di Dubai, kemenangan pertamanya sejak Masters 2016 dan kini meningkat ke tangga ke-60 dunia.

“Kini saya rasa seronok bermain dan berasa bagus mengenai diri sendiri,” kata Willett.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 September 2019 @ 1:11 PM