UNITED gagal halang kemaraan West Ham dilaman sendiri. -Foto AFP
AFP

WEST Ham menambah derita Manchester United di tempat lawan apabila melonjak ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris hasil kemenangan selesa 2-0 di Stadium London malam ini.

Jaringan Andriy Yarmolenko tidak lama sebelum tamat separuh masa pertama dan sepakan percuma menakjubkan Aaron Cresswell terus membuatkan United tercari-cari kemenangan.

United yang memulakan musim ini dengan membelasah Chelsea 2-0, tewas dua kali dalam enam perlawanan pertama liga dan menduduki tempat ketujuh, tanpa sebarang kemenangan di tempat lawan dalam mana-mana kejohanan sejak Mac.

United yang dibelenggu kecederaan beraksi tanpa pemain tengah Paul Pogba dan Anthony Martial berusaha keras namun gagal mengatasi lawan mereka.


GOL cantik jaringan Cresswell tambah duka United. -Foto EPA

West Ham yang semakin megah di bawah kendalian Manuel Pellegrini, mengekalkan rekod tanpa kalah sejak dibelasah 5-0 pada perlawanan pertama musim ini dan kemenangan ini menyusuli kemenangan di laman sendiri musim lalu juga ke atas United di Stadium London.

Namun ia hari yang mengaibkan buat anak buah Ole Gunnar Solskjaer, sehari selepas juara bertahan Manchester City hampir menyamai rekod United di Liga Perdana untuk margin kemenangan, 9-0 ke atas Ipswich pada 1995.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 September 2019 @ 12:24 AM