Li Na berharap China mampu tonjolkan bakat pemain lelaki. FOTO REUTERS
AFP

PEMAIN tenis wanita China, Li Na yang merintis jalan generasi wanita di China berkata negara itu terdesak mencari pemain tenis lelaki untuk menjadi inspirasi.

Li mencetus minat di seluruh China selepas muncul pemain Asia pertama meraih gelaran Grand Slam perseorangan wanita pada Terbuka Perancis 2011.

Dia menarik diri pada 2014 selepas menambah gelaran kedua pada Terbuka Australia pada tahun yang sama.

Setakat ini, terdapat empat pemain wanita China berada dalam ranking 50 teratas dunia.

Secara perbandingan, ranking tertinggi pemain tenis lelaki negara itu dipegang oleh Bai Yan berada di ranking ke-222 dalam Jelajah ATP.

“Saya berharap barisan lelaki akan melakukan lebih baik. Ia pasti menjadi hebat,” Li Na kepada media pada Jelajah WTA di Wuhan dan majlis khas menyenaraikannya ke dalam Dewan Kemasyhuran Tenis.

“Saya rasa untuk pihak lelaki, mereka memerlukan seorang pemain yang boleh membesar dan membuktikan dia yakin dan boleh melakukannya untuk memberi semangat kepada pemain atau atlet muda.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 September 2019 @ 6:37 PM