Zainal mahu pemain bangkit di Kuantan. FOTO NSTP
Nazri Abu Bakar


JURULATIH Melaka United (MU) Zainal Abidin Hassan menuntut persembahan habis-habisan pemainnya berdepan Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan Ahad ini.

Beliau mahukan komitmen tinggi untuk memastikan skuadnya bangkit pada aksi kedua suku akhir saingan Piala Malaysia di tempat lawan.

Menurutnya, defisit tiga gol pusingan pertama di Paya Rumput minggu lalu memberikan kesukaran yang memerlukan pemainnya meningkatkan prestasi.

“Saya akan menyenaraikan pemain terbaik kami ada.

Walaupun penyerang import, Davy Angan belum dapat diturunkan namun ianya bukan alasan.

“Malah saya yakin pemain akan memberikan aksi terbaik dalam perlawanan itu kerana perjuangan belum selesai,”katanya.

Baginya, dalam bola sepak semua boleh berlaku.

Justeru tempoh 90 minit perlawanan itu harus digunakan pemain untuk menekan lawan dan menutup kesilapan.

Zainal akan melakukan beberapa perubahan untuk memastikan barisan diturunkan mampu bertindak cemerlang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 September 2019 @ 6:23 PM