GRANIT Xhaka. - FOTO Agensi
Agensi

KETUA jurulatih Arsenal, Unai Emery menamakan pemain tengah, Granit Xhaka sebagai kapten kelab menggantikan Laurent Koscielny yang berpindah ke Bordeaux pada musim panas.

Emery memberitahu keputusan itu kepada skuadnya hari ini selepas mengambil kira pandangan pemain.

Pemain antarabangsa Switzerland berusia 27 tahun itu mengetuai pasukannya dalam enam daripada lapan perlawanan dalam semua kejohanan musim ini.

Arsenal akan menentang Manchester United di tempat lawan dalam aksi Liga Perdana pada awal pagi Selasa depan.

Bagaimanapun, Emery belum mengesahkan jawatan penolong kapten dengan penyerang Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang menjadi calon pilihan menggalas tugas itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 September 2019 @ 11:00 PM