Gatlin (kiri) dan atlet New Zealand, Edward Osei-Nketia bersaing dalam saringan 100m lelaki pada Kejohanan Dunia di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha. FOTO AFP.
Gatlin (kiri) dan atlet New Zealand, Edward Osei-Nketia bersaing dalam saringan 100m lelaki pada Kejohanan Dunia di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha. FOTO AFP.
Reuters

JUSTIN Gatlin berkata ketiadaan jaguh pecut Jamaica, Usain Bolt pada Kejohanan Olahraga Dunia di Doha hari ini, buat pertama kali dalam tempoh 16 tahun bagaikan kurang tarikan bagi acara pecut 100 meter namun ia memberi ruang kepada muka baru membuktikan kemampuan mereka.

Bolt, yang memenangi lapan pingat emas Sukan Olimpik dan mengetuai Jamaica pada era emas acara pecut, bersara selepas Kejohanan Dunia 2017.

“Tidak nampak kelibatnya di sini saya berasa agak pelik,” kata Gatlin, juara bertahan Kejohanan Dunia itu memenangi peringkat pertama kelayakan dengan catatan 10.06 saat di Doha.

“Untuk berada di balapan memaksa diri melakukan yang terbaik dan mempunyai saingan daripada pelari lain itu mendorong saya melakukan catatan terbaik.”

Gatlin berkata bakal berdepan saingan hebat dalam acara 100 meter lelaki - termasuk rakan senegara Christian Coleman dan Zharnel Hughes (Britain) dengan masing-masing berpeluang memenangi pingat emas.

“Ia tidak kerana saya di lorong kelima dan saya perlu bimbang mengenai Usain di lorong empat,” kata Gatlin.

“Saya perlu bimbang mengenai semua pelari yang mencabar saya. Ia adalah detik paling teruja dalam acara balapan dan padang.”

Gatlin menambah bahawa sukar dijangka dalam acara 100m sekarang yang mungkin membabitkan undian yang lebih menarik sepanjang kejohanan.

“Ia seperti mahu melihat perlumbaan sengit sambil menikmati bertih jagung,” katanya. “Perlumbaan seperti itu apabila anda mahu tekaan kedua yang mampu dipertaruhkan kerana ia mungkin sesiapa sahaja boleh menang.

Bagaimanapun, atlet Kanada Andre De Grasse, yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang Gatlin pada saiangan itu berkata ketiadaan Bolt tidak banyak mengubah keadaan perlumbaan itu.

“Semua orang berlari dengan pantas dan ia akan menjadi lebih gila, jadi kita boleh fikir mengenainya.” kata De Grasse.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 September 2019 @ 8:50 AM
Digital NSTP Subscribe